Nuffnang Ads

Friday, November 30, 2018

Selfie Museum KL


cerita ni dah dua bulan uols... amboih hari2 boleh up story sebab boleh bukak blog ;p

macam mana boleh sampai ke selfie museum nih? memula tu ternampak instafamous dok upload picca kat sini, lepastu google lah apa benda tempat nih. oooh rupanya dekat jer, makanya boleh la terjah.

dekat jer uols dekat farenheit bukit bintang jurr


ingatkan masuk free! haha.. banyakla benda free kan! semuapun berbayar skrg nih! toilet pun 3 pohsen.. kannn haha

its ok ..so kena bayar rm40 utk aldult (tak silap) dan rm20 kekanak.. mcm mahal tapi memandangkan diorg had kan jumlah org sekali masuk, so okay lah. boleh posing dgn tenang tanpa berebut atau org lalu lalang.

tapi selfie museum ni bukak tak lama, sampai hujung tahun jer tak silap. adeh maaf dah dua bulan so dah lupa segalanya...


byk tempat boleh posing, puas jugakla.. dalam sejam baru keluar! macam duduk dalam syurga coklat pulak! apa yg best, nanti dalam tu diorg akan bagi mkn kek / eskrem / air coolblog yg semuanya ikut tema tempat utk posing.


tengok tu, adlan dapat lollipop!


kalau tempat posing tu eskrem maka dapatla merasa makan baskin robbins.


cuma donut jer takdak! haha kang keluar2 dah kenyang sampai malam ;p


rupanya bayar tiket dgn makan kat dalam ni! huhu berbaloi ke idokkk

lekaih ....korang pegi sebelum diorg tutup.

Thursday, November 29, 2018

Preloved Ainahariz RTW 2018


nak letgo this Ainahariz Lebaran 2018 collection! worn once only! size M

reason nak jual sebab tersalah size, besar... tapi pakai jgk la sekali ;p

Wednesday, November 28, 2018

Kenduri Kendara


assalam semua! lamanya tak bukak blog nih!! almost 4 months uols! haha... dah berkulat kot ;p

ni pun tetiba boleh bukak blog dekat ofis, sebelum ni kena sekat ..huhu. so marilah kita ambik kesempatan ni kita update blog sekejap.... banyak sangat benda nak cerita, saja la nak cerita dalam ni sebab nanti rindu2 boleh bukak baca balik. blog ni pun dah macam diari online... tapi rahsia besar kita takda la nak cerita kan! haha

ni cerita kenduri lepas, dekat sebulan pun... hihik. mari abdikan gambar dalam entri kali ni... malas nak upload banyak2, cukuplah 4/5 picca ;p


btw im wearing jovianrtw! dah lama beli, haritu, baru sesuai nak melaram sebab pi kenduri sedara iaitu dua pupu bertempat di bora ombak marina putrajaya.


ahhh jauh pulak gambar dgn pengantin nih.. gemok pulak rasa bila berdiri sebelah pengantin! haha


mak pengantin a.k.a sepupu

tahniah ya kak ina dapat menantu laki! mak mentua nampak muda aihhh!


nenek pengantin a.k.a maksu ;)


ahh tak sangka jumpa, berkawan di fb dan berjumpa di sini....

ni dah start musim cuti sekolah, maka bermulalah aktiviti makan kenduri! siap sediaaa