Nuffnang Ads

Monday, April 16, 2018

Day 2: Kawah Putih, Ciwidey, Rancabali, Rumah Kain

eh eh dah pertengahan april lah.... how time flies! lagi sebulan kita nak menyambut bln ramadhan pulak kan... uols dah tempah baju raya ke? atau readymade jer senang? terlalu byk pilihan lah, cumanya nak sama dgn org lain ke idokkk... kan.

oklah iols nak sambung hari ke 2 di bandung. sesambil makan angin, kita berbisnes kain...huhu. tapi hari tu siangnya plan nak ke kawah putih dulu. so lepas brekfes kat hotel, janji dgn supir pukul 9 tapi biasala terlajak pkl 930! ;p

best bila ada supir, tak perlu fikir transport lagi mcm kat negara lain. so supir terus bawak kitorg ke destinasi pertama kita yg mengambil masa dekat 2 jam.


ni semua gmbr kain lace yg kita sopim malam tu. mmg rambang mata pun! 


utk bakal pengantin sesuai lah ni.


iols beli yg ni! ambik dua kaler terus!


hitam ni cantek yakmat tapi iols tak jadi ambik.


kain brocade pun cantik2 lah! tapi takde lak yg kirim... huhu. iols menyesal tak beli brocade...;(




ini rumah kain kana... tiap hari nak kena pegi borong lace sbb ada yg kirim!


ok ni gmbr tgh brekfes pagi tu.


tetiba dah sampai kawah putih! supir taknak bawak ke tangkuban perahu, katanya sebab kena byr mahal dalam 200k sorang. so dia bawak ke sini, sama jer katanya... takpela memana jela. nak sampai ke sini naik bukit dan masuk hutan. jalan tak berapa elok, korang kalo yg preknen mintak supir bawak slow lah ye, kang terberanak lak.

situ ada jual mask, bau belerang kuat depa kata. tapi iols ok jer. duduk situ dalam 45 minit.


macam tasik airnya biru dan hijau.




nampak mcm takde org kan... sebenarnya ramai jer.




jgn membawang yer... diorg tu tgh ambik gmbr konon2 mcm photoshoot prewedding...haha


teka budak ni tgh buat apa? ye betul...tgh kutip batu nak baling kat dalam tasik ;p sampai taknak blk jadinye, punya seronok baling!



beli belerang 2 bungkus 50k, alih2 tak boleh bawak blk naik kapal sbb belerang kan! mcmana la boleh lupa, rugi jer beli.


cuaca dingin jer dlm 23degrees!


ok dah setel 1 tmpt! now supir nak bawak posing kat ciwidey pulak, situ ada kebun teh yg luas!



hah ini supirnya. suka layan bebudak tuh.



malangnya tak cantek pulak supir ambik gmbr! huhu. pasrah.

then, bawak kiitorang ke tempat kapal besar pulak. ntah apa namanya, layan jelahhh.



cantek kan pemandangan! saujana mata memandang..


tujuan supir bawak sini agaknya suruh kita lunch sesiap sbb ada restoran atas kapal buatan nih. perut pun kenyang lagi, semua pun tak rasa nak makan nasik.


rasa mcm kat tasik banding lak!



eh ramai la pulak posing sini. mama baru nak fefeeling mcm titanic!




lastly order jagung rebus kat luar sana.

lepak2 kejap then gerak ke destinasi seterusnyaaaa



taddaaaa mari petik strawberi! rasa mcm pi cameron jer.

aqil buat mcm rmh sendiri! nasib takde org.


maka bermulalah aktiviti memetik! semua pun teruja, nak tgk sape paling byk kutip! si lanqil punyala tak tentu arah, takut mama kutip byk katanya, so berlawanlah mereka dgn mama! ;p adeh laaa


budak ni cool jer, adeeb dgn dunianya.


nmpk tak tu kerakusan adlan! takut mama ambik! haha mcm2 lah hampa.



seronok ke....


mama nak penuh bakul dah! lanqil semakin hilang dari pandangan... mcm la kutip penuh bakul dapat hadiah...



amboi amboiiii lawan mama nampak! tak sedar 3 bakul penuh! nasib la murah. tapi jenuh lak nak telan, cirit birit memasing mkn terlbh strawberi! ;p

hari dah petang so ajak supir blk, nak ke rumah kain pulak. lepastu ke kawasan cibaduyut, tgk kasut2 kulit, bag bag. tapi 1 pun iols tak berkenan! haha selamat duit iols.


hari dah gelap, dinner dulu yukkk. kepala pusing lak, rasa nak termuntah bagai. makanya iols order tapi tak makan, bau ayam cam sesuatu lak. ruginyaaa tgk depa jerla makan... hurm

katanya tu restoran femes, biasa jer pun, mknn pun tak byk pilihan.

lepas makan, sambung ke rumah kain, ada misi belum selesai.. ramai yg kirim lace n telekung. byk pic lace tapi tak larat nak upload sini. bolehhhh

esoknya sambung berlibur..... mission accomplised!

1 comment:

Jaz Lynda said...

Kedai area mane tu ye sis kedai kain tu, brocade tu cntik