Nuffnang Ads

Thursday, April 26, 2018

Day 3: TranStudio Bandung, Floating Market, Susu Lembang, Stone Cafe


kembali bersiaran kita... lamanya, bila la nak habis story pasai bandung nih, chek pun dah lupa nama tmpt...hurmmm 

pagi tu sesiap breakfast, pukul 10 baru kuar hotel. hari lak hujan renyai2, plan tertukar lah... supir hantar kami ke trans studia bandung dulu! huhu... dia suro kami main dulu barang 3, 4 jam!! ;p fuhhh best sgt ke trans studio tuh.... meh kita tgk.


dia macam time square KL jgk la, gabung mall dgn taman tema.

bayar lbh kurang sejuta rupiah utk kami anak beranak masuk main, sekali byr jer.


tadddaaaa awai2 dah posing mcm ni!



tunjuk jer tapi tak masuk...kih3


aduhhh menyesai tak bawak stroller! budak amei ni takmo jalan lak...


hah dah tak toqah depa... maklumlah dalam  ni kebykkan permainan utk budak2. tapi si aqil tak lulus nak masuk sebab kurang ketinggian... ;p kesian dia, so abg dgn mama jela dapat main boat ride tuh...huhuu







lepas tu nak main lumba kereta pulak... si aqil tak cukup tinggi, kena la naik dgn mama jgk... amei dgn ayah tunggu kat luar. adehhh bosannya... ingatkan laju la kete f1 tuh! haha tipah tertipu!


then, masuk tgk 3D animation, best la jgk kan sebab tak penah masuk kat memana theme park! enjoy bebudak tuh... si amei dgn ayah lak pi masuk tgk magic show... ;p

sedar tak sedar dah 3 jam dalam tuh! jomlah kita balik... nak ke destinasi seterusnya pulak....

hujan masih tak berenti. jalan macet teruk. so kita pegi jauh sikit, ke Lembang!


dah sampai pun floating market lembang! luas betul tmpt nih. sebelum nak sopim dekat sini, kena tukar coin dulu... bajet la berapa korang rasa nak beli makan situ..


hujan2, perut pun lapar...



mama beli nih, tauhu susu! dekat sana memang tmpt nya, jual tauhu susu. sedap jgk eh... mcm cucur udang pun ye ;p


menikmati mknn di tepi tasik!



hah ni la dia coin nya! ada lebih taktau nak beli apa.



mcm2 aktiviti boleh buat kat sini. luas rupanya...




seronok la tu kalo mcm tu...


budak ni lak tgh mamai, baru bgn tidoq!


cotton candy tak lepas!


pantang nampak train... nak naik si amei!



haha ada lagi train! mmg sorga ke 2 buat amei! dah la peminat train! mmg tmpt dia la nie.


org takde, so dapatla naik lama sikit.

lepastu masuk taman keretapi lak... bertambahlah suka si amei tuh! dpt tgk miniature train! fuhhh mmg sorga amei nih... 



train di lepas satu2



nasib tak ramai org sebab hari dah ptg,,,



ok dah puas tgk train/// nak sopim thomas lak... huhu ... tapi mama tak bagi beli, dah byk kot kat rmh! nasib jenis tak memberontak ... 


dah selesai pusing2... moh ke tmpt seterusnya walaupun hari dah nak gelap..


supir tak bawak ke tmpt susu lembang yg sebenar, dia cuma bawak ke kedai jual susu jer! arggghhh stress tak dpt pi situ sbb hari dah malam ;(  depa kata kat lembang farm house tu ada mcm rmh hobbit.. mcm2 ada ...hurmm nmpknya takde rezki ke sana, dapat minum susu fresh lembang jelaaa


minum la-la tu jgk... iols tak lalu kalo susu fresh nih, iols minum yg coklat punya. okla boleh telan lagi!

lepastu terus supir bawak dinner kat Stone Cafe area Dago. femes di kalangan pelancong katanya.


cantek tmpt dia, atas bukit nmpk pemandangan seluruh bandar bandung!


tapi order tom yam! org dtg bandung, nak mkan nasik padang! huhu takde rezki nak mkn nasik padang jgk nmpknya...

masing2 kelaparan, nasib tomyam sedap.


berlatarkan pemandangan bandar bandung, tapi tak berapa jelas pulak ;p

habis situ, ajak supir singgah rumah kain lagi... masih nak membeli! 


dannnn last sekali, supir bawak pi tgk hantu hantu nih, ada bermcm jns hantu tapi malas nk upload semua, kang berantu blog nih! ahaha

ramainya org ya ampunnn, hari minggu katanya! ni dah mcm tmpt melepak org2 dari ulu semua keluar lepak sini ;p kita boleh turun posing dgn hantu2 nih pastu hulur la singgit dua.


karaktor kartun mcm ni pun ada, byk lagi tak larat upload! masing2 muka mengantuk, pkl 10 dah kot time nih!


balik hotel terus terbongkang, punyala letih hari ni!

Monday, April 16, 2018

Day 2: Kawah Putih, Ciwidey, Rancabali, Rumah Kain

eh eh dah pertengahan april lah.... how time flies! lagi sebulan kita nak menyambut bln ramadhan pulak kan... uols dah tempah baju raya ke? atau readymade jer senang? terlalu byk pilihan lah, cumanya nak sama dgn org lain ke idokkk... kan.

oklah iols nak sambung hari ke 2 di bandung. sesambil makan angin, kita berbisnes kain...huhu. tapi hari tu siangnya plan nak ke kawah putih dulu. so lepas brekfes kat hotel, janji dgn supir pukul 9 tapi biasala terlajak pkl 930! ;p

best bila ada supir, tak perlu fikir transport lagi mcm kat negara lain. so supir terus bawak kitorg ke destinasi pertama kita yg mengambil masa dekat 2 jam.


ni semua gmbr kain lace yg kita sopim malam tu. mmg rambang mata pun! 


utk bakal pengantin sesuai lah ni.


iols beli yg ni! ambik dua kaler terus!


hitam ni cantek yakmat tapi iols tak jadi ambik.


kain brocade pun cantik2 lah! tapi takde lak yg kirim... huhu. iols menyesal tak beli brocade...;(




ini rumah kain kana... tiap hari nak kena pegi borong lace sbb ada yg kirim!


ok ni gmbr tgh brekfes pagi tu.


tetiba dah sampai kawah putih! supir taknak bawak ke tangkuban perahu, katanya sebab kena byr mahal dalam 200k sorang. so dia bawak ke sini, sama jer katanya... takpela memana jela. nak sampai ke sini naik bukit dan masuk hutan. jalan tak berapa elok, korang kalo yg preknen mintak supir bawak slow lah ye, kang terberanak lak.

situ ada jual mask, bau belerang kuat depa kata. tapi iols ok jer. duduk situ dalam 45 minit.


macam tasik airnya biru dan hijau.




nampak mcm takde org kan... sebenarnya ramai jer.




jgn membawang yer... diorg tu tgh ambik gmbr konon2 mcm photoshoot prewedding...haha


teka budak ni tgh buat apa? ye betul...tgh kutip batu nak baling kat dalam tasik ;p sampai taknak blk jadinye, punya seronok baling!



beli belerang 2 bungkus 50k, alih2 tak boleh bawak blk naik kapal sbb belerang kan! mcmana la boleh lupa, rugi jer beli.


cuaca dingin jer dlm 23degrees!


ok dah setel 1 tmpt! now supir nak bawak posing kat ciwidey pulak, situ ada kebun teh yg luas!



hah ini supirnya. suka layan bebudak tuh.



malangnya tak cantek pulak supir ambik gmbr! huhu. pasrah.

then, bawak kiitorang ke tempat kapal besar pulak. ntah apa namanya, layan jelahhh.



cantek kan pemandangan! saujana mata memandang..


tujuan supir bawak sini agaknya suruh kita lunch sesiap sbb ada restoran atas kapal buatan nih. perut pun kenyang lagi, semua pun tak rasa nak makan nasik.


rasa mcm kat tasik banding lak!



eh ramai la pulak posing sini. mama baru nak fefeeling mcm titanic!




lastly order jagung rebus kat luar sana.

lepak2 kejap then gerak ke destinasi seterusnyaaaa



taddaaaa mari petik strawberi! rasa mcm pi cameron jer.

aqil buat mcm rmh sendiri! nasib takde org.


maka bermulalah aktiviti memetik! semua pun teruja, nak tgk sape paling byk kutip! si lanqil punyala tak tentu arah, takut mama kutip byk katanya, so berlawanlah mereka dgn mama! ;p adeh laaa


budak ni cool jer, adeeb dgn dunianya.


nmpk tak tu kerakusan adlan! takut mama ambik! haha mcm2 lah hampa.



seronok ke....


mama nak penuh bakul dah! lanqil semakin hilang dari pandangan... mcm la kutip penuh bakul dapat hadiah...



amboi amboiiii lawan mama nampak! tak sedar 3 bakul penuh! nasib la murah. tapi jenuh lak nak telan, cirit birit memasing mkn terlbh strawberi! ;p

hari dah petang so ajak supir blk, nak ke rumah kain pulak. lepastu ke kawasan cibaduyut, tgk kasut2 kulit, bag bag. tapi 1 pun iols tak berkenan! haha selamat duit iols.


hari dah gelap, dinner dulu yukkk. kepala pusing lak, rasa nak termuntah bagai. makanya iols order tapi tak makan, bau ayam cam sesuatu lak. ruginyaaa tgk depa jerla makan... hurm

katanya tu restoran femes, biasa jer pun, mknn pun tak byk pilihan.

lepas makan, sambung ke rumah kain, ada misi belum selesai.. ramai yg kirim lace n telekung. byk pic lace tapi tak larat nak upload sini. bolehhhh

esoknya sambung berlibur..... mission accomplised!