ni la apartmen kitorang. tingkat 4, nasib ada lift!
adudu tak sabaq nak habiskan travelog nih... mak malas nk bercerita sgt pun, mcm cakap sorang2 pulak... tapi biaq pi la, ni blog cheq bukan blog hampa pun... biaq la cheq nak cerita pun, kot2 boleh jadi reference utk org lain yg nak pi osaka tuuuu.
so ok. hari ke2 kita takmau dok osaka, kita nak pi melawat kyoto pulak. cayyy macam dekat kan, padahal 50mins kalo naik train biasa. seawal pukul 10 dah keluar, awal keeeeee mslhnye.
kita ambik cab to shin osaka station. ingatkan dekat, rupanya 15mins jgk laaa.
ni budak tak boleh kena panaih sebab nanti dia cair. mengantuk lagi ka apa bdk ni, takkan pkl 10 ngantuk? agaknya keletihan kot.
tambang cab tadi 2920yen, dari namba tau. mahal jgk seratus lbh.... hurm. tula, kalo nak murah kena la naik turun train. ampa kalo xdak anak kecik, baik naik train! tapi kan kita nak tidoq semalam di kyoto nanti... so bwk luggage beso satu.
dah smpi shin osaka station iaitu main station utk ke bandar2 utama di jepun. kita main gamble jer nih. plan nak naik shinkansen atau bullet train! first time uolssss mestila teruja! train terpantas abad ini kateko,,,, so kita cari kaunter tiket terus, then beli tiket. owh lagi 15mins train nak gerak, fuhhhhh kena pantas bertindak time ni kalo taknak terlepas! bayangkan dgn ramai org, dgn byk pintu tangga nak ke line memasing...nasib pintu nak ke shinkansen dkt jer, 15mins tu terlalu singkat bila keadaan mcm ni.
taddaaaa kejap jer dah smpi kyoto! 14mins jer sebenaqnya, pantas bukan? kalo naik train biasa 50mins. so harga tiket utk kami anak beranak, 2 aldult n 2 child ialah dlm 4260yen, bawah 3 thn is foc! uhhhh takdela mahai benor naik shinkansen... okla harga tu tapi tu utk unreserved seat tau, kitorang tersilap duduk tmpt reserved seat! haha kelako. so kena tgk bebetul tiket, no gerabak no seat segala... nasib org jepun tu tak marah duduk tmpt dia, so kita tukar tmpt yg xde org. alosss 14mins jer pun.... berdiri pun takde mslh...huhu
sesampai di kyoto station, terus kita cari coin locker. byk memang byk tapi ada jer yg penuh. kita simpan luggage, kena 500yen utk sekali simpan.
then sempat tapau mcD! besar betul kyoto station tu, ada isetan lagi dgn butik2 high end.
so tmpt pertama kita lawat ada fushimi inari taisha! tak jauh dari kyoto station. sini adalah shrine, yg uniknya berwarna oren! dkt jepun ni tmpt2 mcm ni jela pun yg byk, takpe kita just nak tgk budaya2 mereka dan senibina shrine, bukan sama tau. so jgn bosan pulak.
cuaca cantek pagi tu dan tak sejuk sgt.
sini ramai sungguh org. org Msia pun ramai...hihi
pada yg nak beli souvenir pun byk dkt sini.
eh eh tetiba gambar lain yg keluar dulu! pening dah blog ni pun, cheq dah la malas nk tarik naik atas! huh.
ok ni tmpt ke 3 yg kita lawat haritu iaitu Gion! plan nak sewa kimono, sempatla pakai kimono tu dlm 2 jam jer dgn bayaran 3200yen, padahal boleh jer sewa seharian. yela dah pukul 4 baru sampai Gion... pkl 630pm dah kena pulangkan.
seronok rupanya bila kita berpakaian tradisional nih. jalan2 org pandang la pulak, nasib pakai tudung kalo tak, depa ingat awek jepun...ahaha. tapi ramai jer pelancong yg sewa kimono jalan2 area sini.
depa kata Gion ni kawasan geisha, ntahla tak sempat baca sejarah dia.
tak berani jalan jauh2 sgt, risau tak jumpa kedai sewa kimono ni blk kang...
hihi sesuai takkkk
semakin ptg semakin sejuk. so kita patah blk, sebelum tu ada jumpa restoran, hsbd nak mkn la pulak. iols dah la tak penah mkn mknn jopun! lapo2 nih, hadap jerlaaa. tak kenyang uolsss! haha portion kecik2, kita ambik yg vege punya.
yg iols boleh mkn tu tempura dgn cam tauhu jer. sian lanqildeeb depa xlalu jgk... hihi
depa punya mknn serve sikit2, lepas habis sedulang, dulang lain pulak sampai... nak mkn pun susah pakai kimono nih. ketat mcm pakai korset.
bergambar kenangan. ada gaya mcm org jepun tak??
comel2 jer restoran dkt sini.
lps habis mkn, kena pulangkan blk kimono tuuu. sebbek jumpa blk kedai.
pukul 6 dah time tu, dah gelap mcm pkl 8 di MSia. so kita decide nak blk ke kyoto station nak ambik luggage tadi. kita cari station yg terdkt, nasib tak jauh dri kedai tadi. adeeb suka naik train, so eloklah tuuu.
ni pemandangan kyoto tower dari kyoto station! dekat sgt tapi tak jgk sempat nak pi. so kita posing dari kejauhan jela.
yg kelakonya mlm tu, nak cari blk coin locker tu tak jumpa pulak! barula kita tau yg ada byk locker kat situ! hahaha sejam kot baru jumpa! pengalaman sungguh! so nak pesan kat sini, make sure kedai yg ada area situ, ataupun simpan resit. kalo sekadar ambik no locker pun susah nak cari blk nanti.
iols dah booking Rihga Hotel, lokasi tak jauh dari kyoto station tapi still nak naik cab. malas nak menapak memalam dgn kesejukkan mlm lagi. nasibla driver cab nak ambik, mau kata dia tak terima mcmna, yela sbb dekat sgttttt. alhamdulillah driver cab dkt jepun semua baik2, cumanya ada yg peramah maupun yg jenis stone.
utk makluman, bilik hotel di jepun kebykkan kecik dan agak sempit even 5 star sekalipun. tapi yg ni luas sikit la utk nak letak luggage n solat. katil pulak kita request nak large. so muat tidoq 5 org! haha
malam tu kita mkn megi dan jajan lain. fuhhh nikmat kot perkena megi dikala kesejukan.
ni pulak keesokkan pagi, hotel ni blkg train station, so seronokla adeeb boleh tgk train lalu lalang.
haaaa ni gmbr masa kat fushimi inari taisha tadi. semua kaler oren.
byk souvenir shop kat sini.
sebenarnya nak snap pic rainbow!
hihi kenapa dgn org sebelah tuuu
ok next attraction place kita nak ke ...... kiyomizu dera! agak jauh sikit.
pic wajib ambik daun maple ;p
byk anak tangga, si adeeb xdpt la nk naik... mama naik semata nk bergmbr jer. huhu
eh ini pic kat fushimi inari.
ok ni nak ke kiyomizudera temple, kena berjln dlm 1.1km dari train station. cuaca dh mendung dan hujan renyai2.
pantang jumpa!
jauh berjalan, dah tu kena menapak naik bukit lagi! so singgah beli eskrem, sini murah hanya 300yen.
mama semestinya choc!
org meramai sepanjang lorong2 sempit menuju ke kiyomizudera.
ok dahhhh smpi! fuhhh kejang kaki! sini terkenal dgn temple yg cantek dan beso... tapi dlm gmbr ni xnmpk pulak. temple atas bukit dikelilingi pokok maple.
temple tgh renovate
photografer kesejukan. hihi kebykkan gmbr2 ni si adlan yg tukang snap.
terlalu byk picca kat kiyomizudera! sepanjang jln nak naik bukit penuh dgn souvenir shop, nak sewa kimono pun ada. better dtg awal pagi so boleh sewa lama sikit kan? posing2 dkt pokok maple, fuhhh
No comments:
Post a Comment