Nuffnang Ads

Wednesday, March 29, 2017

Tokyo Tower to HRC Tokyo


hari ke3 di tokyo...cerah awal ya means subuh pun awal, pukul 6 pagi dah terang. siap masak nasik segala, makan2 dulu sebelum keluar sbb susah nak cari mknn halal kat sini. terliur jer bila lalu depan restoran sebab bau mknn depa mcm sup... huhu

keluar rmh seawal 11pagi...awal ker??!! haha ginilah bila ada budak kecik, tak boleh nak awal sbb diorg pun bgn lmbt ;p

plan harini kita nak pi Disneyland! tapi sebelum tu ada beberapa tmpt kena pi dulu! sbb tak cukup masa, sehari atleast 3 tmpt kena cover ya...anak2 pls behave ya. si aqil dah enjoy sikit, tak sabar nk ke disneyland katanyaaaa nk tgk doreamon! haihhh mcm xde kartun lain.

so nak ke shinjuku station, kita naik taxi dari area apartmen. tambang lbh kurang 1000yen.


shinjuku station adalah main station di tokyo. agak pening sikit pada yg 1st timer datang sini. so kita nak ke tokyo tower, still ambik yamanote line turun di hamamatsucho station. 


org tak pernah kurang ya tapi keadaan terkawal. cuaca pun elok, sgt sesuai utk outdoor activity! 

so dah smpi hamamatsucho station, keluar ambik kiri jalan terus jer then akan nmpk dari kejauhan tu tokyo tower!


sebelum sampai tokyo tower, jumpa dulu beskal nih dok tersadai, not sure samada beskal org punya atau utk disewa...huhu comel jer rasa mcm nk pinjam, tapi memandangkan ada budak2 so cancel. ;p best jgk kalau boleh mengayuh kat bandar tokyo nih kan!


ada gaya tak mcm penghantar pizza? ahaha


jalan lagi dan lagi, nmpk mcm dekat tapi berpeluh tiak jgk sbb jalan menaiki bukit. kebanyakkan negara pun kena byk berjalan...tapi kat tokyo ni special sikit sbb kena byk berjalan dan byk naik tren serta naik turun tangga! sape sakit lutut mmg hazab sikit laa. so jgn lupa bwk minyak panas. huhu dan lagi satu kasut kena sehabis selesa ya, jgn pakai kasut tapak keras, mau kematu kaki korang nanti! kaki iols pun kematu, tapi kutahannn


fuhh lama jgk nak sampai tokyo tower. tersadai lanqil kat sini.

tokyo tower ni seakan akan eiffel tower ya, cuma ketinggian tu tak sure, mana lebih tinggi.


sebelum sampai kita akan lalu kat taman ni, ada shrine jgk kat sini tapi taktau nama tmpt ni. sakura pun belum nmpk melainkan pokok togel.


bertabahlah nakkk, sikit jer lagi.



yeayyy sampai jgk bgnn tertinggi di tokyo yg berwarna merah mak ngah...hihik. cantek mmg cantek, simbolik bagi bandar tokyo.

org ramai sebab ada function, nak beli tiket pun q pnjg! so takpayah naik la, jom ke tmpt lain pulak...


mak aihh susah nau nak ambik pic penuh tower!



dapat jgk touch puncak tokyo tower ;))

so tokyo tower checked! now nk blk ke hamamatsucho station, kita naik taxi jer, cepat dan save sakit kaki...tambang tak sampai 1000yen pun, means tak jauh mana lah. nasib driver taxi tak gelakkan tourist mcm weols yg xlarat jalan nih.


now kita akan naik subway pulak ke roppongi! still boleh guna suica kad nih.

nak pegi roppongi tak lain tak bukan sbb nak ke hardrock cafe tokyo. tak lengkap melancong kalo tak pi HRC okeh.


yg mslhnya cari HRC tak jumpa! sepatutnya keluar dari station terus ambik kiri, tapi weols ambik kanan, mmg jauh lah kan. hehe. tgk google maps pun pening, lastly tanya pemuda jepun tu, padahal dia pun tak tahu tapi still berusaha nk bantu weols cari HRC...baiknya kamu....huhu

roppongi ni mcm area metropolitan, byk bgnn moden dan tinggi.


sempat la lepak2 ambik gambar dulu.


cantek kawasan sini, ada pokok bunga lagi. sayangnya xjumpa tulips, tgk org lain pegi sini posim dgn tulips, weols xjumpa sebab xcari. kalaulah byk masaaaa


owh rupanya dekat jer dgn tokyo tower! kalau naik taxi ni mesti 1000yen jer.

sokay lepastu pemuda tu tunjukkan jalan, dia pun pakai google maps kot, atlast jumpa! sujud syuko...haha kalau sendiri cari ntah kemana mana. dah la HRC tu tersorok blkg rmh kedai...

taddaaaa situ pun ada tony romas, tapi mampu tgk jela sbb tak halal.



mama mcm biasa la beli tshirt dgn fridge magnet. woohoooo kalau dtg malam mesti lagi cantek dgn lampu2 nyaa.


si aqil tak habis2 tanya bila nak pegi disneyland....hehe byk sgt pitstop sblm sampai disneyland.

yeeee kita nak pegi lah nie....

owh area roppongi ni pun ada mknn halal iaitu kebab! ada 4 5 kedai jual kebab, bolehla tapau nak mkn dlm disneyland nanti. maklumlah takde mknn halal dlm disneyland tuh, depa kata lah...

jam pun dah pukul 4 ptg...nampaknya lmbt lah kita check in disneyland, takpe la boleh kita tgk light show atau parade malam kang...

disneyland tu elok duduk sampai malam. tapi yg tak tahannya, malam sejuk berangin gigil! maybe 10 degrees.



berehat sekejap sambil baca maps nak ke disneyland. kena naik tren to mahaima station ya.

soooo jom menapak lagi! pegi jepun ni mmg kena fit, kaki lenguh, tmpt duduk pulak xde! agaknya org jepun ni tak sempat nak duduk, sbb xbyk kerusi pun.



tak ingat pulak naik line mana ke mahaima station. tapi xjauh pun dari roppongi nih.

ok stay tuned!!


Monday, March 27, 2017

Tokyo Sight Seeing


flight to tokyo took about 6hour plus2. kita naik AA landing kat Haneda International Airport. beli tiket thn lps so dptla murah sikit. murah time pegi jurrr, blk mahal, mcm tu la bisnes AA...ahahaha lepastu tgk date jgk, hujung2 mac mahal berganda lah sebab tgh cherry blossom, sakura berkembang bagai! so kita pegi time sakura belum nak kembang huhu

landing pun dah pukul 1030mlm. memandangkan taxi nak ke apartmen mahal tetgh mlm buta, so kita check in hotel berdekatan airport iaitu area shinagawa. semalam dlm 15300yen, plg murah kita dapat...nak check in hotel lain nangis mak nakkk. xpernah lagi tgk hotel semahal dkt tokyo kat negara lain...nasibla ada airbnb, bolehla dok apartmen dgn harga yg reasonable sikit.

sampai hotel mystays premier omori pun dkt pkl 12midnite. cuaca malam tu agak sejuk. berlari2 anak nak masuk ke hotel...hehe. owh tambang taxi mlm tu 3770yen.

masuk2 bilik terus lanqil excited, 1st depa tgk katil lepastu tgk bilik air. betapa seronoknya depa bila ternmpk bathtub! huhu agenda depa adalah nak berendam lah tuuu. senyum smpi telinga si aqil!

bilik hotel adalah kecik, mmg berlaga bahu! toilet pun kecik comel jer.


malam tu tido keletihan. esoknya pkl 11pagi baru check out! mmg ontime, tak kurang tapi terlebih ;p

kita akan berpindah ke apartmen pulak ye. booked kat website airbnb, 1st time gak ni book kat airbnb. kalo book awal, boleh dpt apartmen yg luas dgn harga yg berpatutan tau...so plan la awal, tokyo ni ramai pelancong, tetambah musim bunga! kalo lelmbt kang check in la korang kat hotel mahal huhu


tgh tunggu taxi, bolehla posing dkt pokok togel nih dulu.


deal la dgn reception kat hotel tu suruh arrange taxi. standard taxi besaq ni jer, nasib muat semua bagasi tuh...huhu

driver pun ramah, boleh speaking omputih sikit2. okla tu drp taktau apa langsung.

dalam half and hour sampai ke apartmen kitorg di shinjuku kabuki cho. shinjuku antara bandar terbesar di tokyo..

selesai check in apartmen, siap2 nak sight seeing. dah siap itinerary dah....cumanya kena adjust lah mana yg sesuai ikut keadaan.

bersiap sedia nak cari shinjuku station, katanya dekat jer dgn apartmen! well let see ;p


alhamdulillah sunnyday but cool. kiranya siang tu tak sejuk sgt la, still boleh adapt.


haaaa ni apartmen kitorg, sebesar bilik tido kat rmh jer! disitu lah tmpt tido dgn kitchen dan washing machine! bilik air dia lagiiiiii kecik dari hotel tuh!! bertabahlah. lanqil seronok sbb ada katil sendiri, depa risau kena tido atas sofa jer...;p


pusing2 tak jgk jumpa shinjuku station! adudu, lastly jumpa seibu station, dah terbuang masa nak mencari, dah dkt pukul 4 ptg. huhu

dekat seibu station tu, puas jgkla tanya nak beli suica card. kena cari kaunter yg betul, naik turun tangga ! hehe sape tak larat memang kena duduk setempat.


aqil tgh kepenatan tuh. duduk jap laaa, tak risau kotor atau busuk sebab kat japan adalah bersih. consider bersih la sebab tak nmpk org meludah, sampah pun takde.


pening tgk laluan train dgn subway! ada byk line.


haaa ni la suica card! boleh guna utk naik train, bus atau subway. mudah hanya dgn satu kad! huhu. bila dah habis amaun, silalah topup ye. rasanya 5000yen jgkla topup utk satu kad. so semua ada 4 kad. ofcoz budak2 punya jimat, siap berbaki lagi hari last tuh, yg makpak dah kering kontang... ;p


di japan bukan mcm di negara kita ya, kena la ikut cara depa bila berada kat negara depa. beratur properly yg anak2 pls behave urself.. tapi si lanqil tu teruja sgt bila train sampai terus nak terjah jer.haihh

walaupun crowded, tapi still boleh bernafas. org sama byk dgn train! kalo naik time org pegi atau blk keje, memang la mcm sardin. dkt tokyo bukan semua kasi tmpt duduk kat kita yg ada anak kecik ya, tgk mood depa jgk...haha


kita naik train kaler hijau ni, ikut JR line - yamanote line. line tu pegi kebykkan tmpt attraction di tokyo ya mcm shinjuku, shibuya, harajuku, akihabara, ueno, yoyogi, roppongi etc


disebabkan dlm itinerary, hari 1st nak ke ueno, so lets go! tmpt pertama kita sampai adalah ueno, katanya ada street yg jual mknn halal kat situ. atau kalo sempat bolehla terjah ueno park tgk sakura!


sampai pun dah lewat ptg, dkt pukul 5 ptg. org meramai nak ke ameyoko street.


haaa nila street yg penuh dgn mknn halal kat tokyo! ameyoko street namanya! ramai jgk org Msia kat sini mencari mkn...huhu

senang jer nak cari street ni, keluar dari ueno station, terus depan tu jer.


sempat jgkla atok jepun ni tegur aqil...dia ingat cucu dia kot hehe.


ada byk lorong jgk. pilih la nak masuk mana satu. org kat jepun ramai yg pakai mask, katanya kalo tak sihat kenala pakai, hormat org lain tu budaya depa. kita ni jer kalo selsema tak qheti2 nak pakai mask ;p


mood aqil turun naik. siap ajak balik sebab dah tak larat nak jalan! haihh bdk ni selalu mcm tu, kat semua negara pun dia jadi mcm tu. tapi bila dapat toys tu seronok blk, nmpk gaya mmg nak kena cari toys sebijik kat dia.....;p


kebanyakkan yg jual kat ameyoko street ni adalah makanan. barang basah pun ado. sesape yg rajin nak masak kat apartmen bolehla borong ikan salmon atau ketam atau kepah etc. lalu dgn xlalu jela sbb pelik betul bentuk dia ;p


ada dua cabang, taktau nak masuk yg mana satu.

tapi masuk2 terus jumpa kedai kebab! alhamdulillah perut pun dah berkeroncong, mmg tepat pada masanya. satu kebab 500yen, makan bersama pelancong Msia lain kat sini.



kelaparan semuanya, tadi ada borong strawberi dkt dgn apartmen tuh. manis melecaih, sedap dimakan begitu saja...aqil dgn mama hantu strawberi, si adeeb pun tetiba suka lak strawberi sbb manis!


taktau la benda apa yg depa jual nih.

lepas kekenyangan, kita decide nak terus pegi shibuya sbb nak cross dkt the famous crossing in town iaitu shibuya crossing!! nak sampai situ pun ambik masa dlm 30mins.

ueno park tu dekat sgt dah dgn ueno station tapi kita skip dulu.


pukul 6 dah gelap, tapi makin malam makin ramai manusia!


adeeb pun fefeeling nak pegang benda alah nih. padahal ayah yg kena pegang dia hihi


woohhhhooo dah sampai tmpt famous dkt tokyo! beribu manusia seronok nak melintas kat sini, dah tu lintas byk kali sebab nk ambik shoot yg menarik...kekeke

ada la 4 penjuru manusia melintas, biasanya 2 penjuru jer kannn.


dah malam so adeeb pun melena. kat area shibuya crossing ni memang meriah, byk sgt kedai best...zara kat sini sgtlah besaq bertingkat2, tapi mama takde mood nak sopim, harganya sama jer mcm KL ;p

malas nak masuk semua lorong, just seronok nak melintas jer.

lepastu terus ambik train balik ke pangkal jln iaitu shinjuku station. dari shinjuku station kita naik taxi blk ke apartmen, kena charge 1050yen. tak daya nak menapak dah, jauh jgk tuuu

tapi dkt tokyo meriah dgn lampu2, so tak rasa sunyi langsung even dah pkl 12midnite sekalipun!


owh ni pic doner kebab, ayamnya sikit, sayur yg byk! tapau dua utk mkn dkt apartmen nanti ;))

so hari pertama kita dapat cover 2 tmpt jer sbb byk masa terbuang nak beli suica card. lain2 tmpt kena pospone ke lain hari lah nmpk gayanya...