ok ct nak buat sikit travelog tapi takdela details sgt ye...hehe. mak malas la nk kasi details sgt, lagipun bukan buat research pun tentang Istanbul...
ok kita fly dari Dubai ke Istanbul ambik masa 4jam lebih so sampai dalam pukul 630ptg. dah musim winter ni pukul 530 pun dah nak gelap. sedikit kerugian lah kalo travel time winter nih. dah la sejuk, kena pulak hujan...huhu mmg pakej lengkap ok
so dari airport ke apartmen kita dah siap deal dgn pengurus apartmen tu, dia dah mntk org tunggu di apot so senang dah. depa bagi van dan dreba yg peramah...huhu. dari atarturk havalimani apot (eceh kasi nama penuh lak) ke apartmen kita di area beyoqlu, ambik masa dlm 40mins kot...alamak terlupa pulak sebab tak tgk jam!
so sampai dah malam, then bolehla rest utk kumpul tenaga esok hari...
ct pilih area beyoglu sebab apartmen area tu elok sikit compare to area fatih. tahla dah memang ct survey rupa apartmen area fatih agak kureng sikit. huhu
agaknya time winter ni kurang pelancong so kita dapat harga semalam rm400 lbh jer utk apartmen dua bilik! ok la kan...
keesokkan pagi, pukul5 dah cerah mata...siap2 masak sardine utk penggemar sardine lanqildeeb makan Nasik utk tambah tenaga nak berjalan nanti!
hurmm nampaknya hari pertama dah hujan...forecast mengatakan ujan sepanjang hari di Istanbul...huhu pasrah.
pukul 11pagi baru kita keluar, cari cab. di Istanbul adalah sgt mudah utk jumpa cab, dan senang nak cam sebab kaler kuning! kita nak pi blue mosque dulu, tmpt wajib pi katanya...so marilah kita tgk dan hayati keindahan senibina dan tamadun islam di Istanbul! Negara islam terbesar penah ct lawati, haruslah excited!
sekejapan jer dah sampai blue mosque, cab hantar kami kat lorong blkg..tahla masa tu tak kenal lagi area mana. tak ingat pulak harga tambang...huhu. hari2 hujan ni kenala naik cab, lupa jela nak naik tram. hujan plus sejuk, memang struggle. cuaca rasanya below 10degrees.
posim posim dulu sebelum masuk ke dlm blue mosque aka sultanahmet camii
amazing architecture! sebelum2 ni kita pi Negara bukan islam kita tgk church tapi kalini tgk masjid zaman uthmaniyyah tersergam indah! subhanallah! hebat org zaman dulu.
syukur la org tak ramai macam musim lain, ada bagusnya time winter ni ye...hehe. nak masuk sila bukak kasut letak dalam plastic yg disediakan dan angkut bwk masuk dalam masjid letak kat rak...then bolehla posim kat dalam pulop. subhanallah sekali lagi, tgk design kat dalam tuh, lampu chandelier atas kepala jer dan berdoa supaya tak jatuh atas kepala...huhu
1000 keping pics dalam nih...;p
pada yg nak solat, area solat disediakan.
si lanqildeeb sempat lari2 golek2 dalam nih, ambik berkat katanya...
duduk macam takmau balik! lagipun kat luar tu hujan melebat dan sejuk...hurmm
akhirnya lepas solat zohor, kita gagahkan diri utk keluar dari blue mosque. hujan masih lebat ya.
mak nak pi toiletttt, sebbaik ada toilet dekat area Hagia Sophia! kena la TR1...fyi hagia Sophia aka ayasofya tu bertentangan dgn blue mosque jer...so dah boleh cover 2 tmpt dah...
haaaa nila dia hagia Sophia, yg dulunya church telah ditukarkan kepada masjid selepas kemenangan islam.
nasib la anakku behave dalam hujan dan kesejukan melampau...especially adeeb lah sebab dia tak pernah rasa musim winter macam mana.
sultanahmet camii di kejauhan...
time ni tak ramai pelancong sini..kedai2 pun byk tutup sejak bom explosion julai lepas...
yg ada hanyalah kedai aiskrim pakcik nih, hujan2 sejuk2 pun dia meniaga jgk...huhu
okla lepas tu kita ambik cab ke spice bazaar pulak...takla jauh mana dari blue mosque, pusing2 area tu jgk...cumanya cab kena pusing jauh sikit lah, kalo jalankaki boleh shortcut. nak jalankaki tu la azab sikit time hujan nih. tak sanggup mak nakkk
kena jalan sikit nak ke spice bazaar dari tmpt cab hantar kita tu tepi jalan besar. so meh kita tgk apa yg ada kat sana.
yg ada ofcoz la Turkish delight n segala maknena spice! menarik bukan, even tak pernah rasa pun, kalini rasa mcm sedap pulak kan. tapi samada ori ke tak tu kita tak sure laaa, depa buat daripada gula atau madu? katanya yg murah tu diperbuat daripada gula! mkn byk kena diabetes! huhu
btw org turki sgt pandai berniaga, 99peratus yg berniaga tu lelaki! taknmpk pulak perempuan berniaga kat spice bazaar.
kita lalu setiap kedai mesti diorg akan panggil masuk n yg bestnya diorg tahu kita dari Msia..ahaks. ayat penarik utk suro kita masuk kedai depa lah tuuu. bila dah masuk, masakla kena borong Turkish delight depa! so takpayahla nak ramah sgt, jalan terus!
kita masuk 2, 3 kedai cukup laaaa..haaa tu adeeb dah dapat tokwan angkat tuuu, tak sedar tokwan tu kat blkg! hikhik
eh eh makcik kita bukan nak snap muka makcik tau. nasibla org turki ni tak ganas mcm org Europe kalo bab2 kita nak snap pic ni takut diorg ingat kita nak snap pic depa! pernah kena kat Belgium uolsss, seram.
kita taknak la sopim byk2, susah nak berangkut tau. nak naik cab pun hazab nak melipat stroller lagi...
ok nextttt, last utk harini kita nak pi taksim square! situ pun kena bom aritu...adeh seram! namun kugagahi jua...hujan masih belum berenti nmpknya.
ok dah sampai area taksim square! pukul 4ptg dah masa ni. actually taksim square ni tersgtlah dkt dgn apartmen kitorg, masa tu mana la tau, naik cab dah tu kena kelentong cab tu charge mahai! boleh dreba cab buat2 taktau apartmen kita semata2 nak charge mahal! huh...tak semua dreba cab ni jujur okes
byk sgt cabang sopim area nih. redah jerla...nasibla jumpa kedai yg kita nak tuju...yeayyy jumpa jgk adidas even takla terdesak nak membeli! dapatla seketoi kasu adidas superstar yg ku cari even di Dubai pun takde kasut tuh! kalo nak beli dgn PS kang mahal...baik ku beli sendiri...
owh sebenarnya dpt vat 8percent! dahla kasut tu ada diskaun, dapat pulak vat yahhoooo jimat byk uols
tapi tapi tapiii nantila cerita! huh
ok hari pun dah gelap, lepas beli adidas, pi zara pulak cari coat...then takmau cari apa dah...btw ramai polis berkawal di area hot spot tuh, so rasa selamat sikit lah...
then terus ambik cab pulang ke apartmen yg lebih krg 800m dari taksim square. cab yg cheating tu charge LR35 rasanya yg sepatutnya LR15 pun dapat tau...
hari pertama sopim fridge magnet, nasib jumpa yg elok area ayasofya tuh. seketoi fm LR5.
ok2 to be continued.....
No comments:
Post a Comment