Nuffnang Ads

Thursday, January 28, 2016

Barang Go Shop

sapa pernah berurusan dgn go shop?? korang beli ape tuuu hehe
 
mmg kan, barang kat situ mmg menarik kalau kita layan..sebab tu ct malas nk bukak channel 118! bukan sebab apa, diorg punya explaination sekali dgn testimoni tu yg berjaya menyakinkan org...
 
ct sebenarnya malas nk beli barang secara online. tapi kali  ni try jela kan..Alhamdulillah senang berurusan dgn go shop. order ahad, rabu dah smpi ;))
 
memandangkan kat rmh, semua vakum dah rosak satu persatu, so kita try shimono vaccum cleaner nih pulak! tgk diorg punya promosi mmg hebat!
 
katanya vakum ni ringan, senang nak guna, nak cuci habuk etc...filter boleh cuci dlm air tau. tapi bila nak guna lagi makesure dah kering! kang tak pasai shock ;p
 
one more, kuasa sedutan dia pun kuat, sedutan dia boleh angkat bola boling okesss..tak caye korang tgk la iklan dia nanti..hiks
 
 
masa beli lupa nak cakap nak kaler merah..tapi sekali smpi, mmg dapat kaler merah..huhu mcm tau tau jer

 
mcm biasa, benda ni boleh tukar if nak vakum tmpt berbeza.

 
seronok, semua benda haku nak vakum! tapi dah lama sikit udara panas dari moto dia pun keluar, terasala bahangnya dkt lengan!

 
haaaaaa ni habuk langsir dgn carpet..seronok dpt tgk habuk byk manaa ;p
 
harganya seratus lbh jer, murah kan
 

Tuesday, January 26, 2016

Red Lobster Seafood lagiii

 
for da second time makan kat sini! mak lapo lobster katanyaaa, taktau nak cari kat mane dh, tetiba blurry ;p tapi kan dekat shell out lagi sodap. teringat2 kat scallops diorg, lembut!


budak2 ni excited nak pilih menu. yg bestnya depa takpayah susah2 pilih, setiap menu utk aldult dapat free for kids jgk..so kalau ambik 2 menu aldult, free 2 kids..itu sgt baguss, jimat ;))

 
restoran agak lengang. senang lanqil nak buat bising. huh

 
so ofcoz ct order lobster..bdk2 dapat free spaghetti dgn shrimps n chips

 
kemain aqil order coffee smooties be like. mama tak sempat rasa air tuu...tgk lelayer mcm menarik.hiks. mama punya air bahama mama, eh eh ada jgk nama mama nyeee. tapi kan manis melecaih, boleh kena diabetes dgn sekali hirup! fuhh dpt bayang tak dia punya manis? tobat takmau order dah.


kemain seronok lagi!
 

 
sedey la sebab lobster nih kocik sgt...ada jgk shrimps n scallops plus nasik. tak silap portion nih rm117 centu

 
boleh jgk kalau nak pilih set nih, nmpk lagi menarik! utk yg ada mbb ccard, entitle 10% disc
 

Monday, January 18, 2016

Day 5: Pylon Lookout ~ Circular Quay ~ Ferry Cruise

lastday at Sydney! taktau la kalau ada yg cakap pi 3/4hari dah cukup?? tu kalau yg takde anak kecik bolehla pi sat-sat, ni pegi 5 hari pun tak dapat cover tmpt yg ada dlm itinerary...sebab susah nak bergerak, naik hoho bus ni buang masa sikit sebab kena pusing seround (satu Bandar) dah makan masa..kalau naik cab, boleh terus ke tmpt yg kita nak. n then malam pun boleh keluar lagi kalau tak bawak anak kecik lah...
 
sebbaik la flight malam, bolehla pi 2-3 tmpt lagi...mcm biasa pkl11 baru keluar apartmen, dah settle angkat bag, check out pkl 10...awal kan?? hurmm sebbaik jgk depa ada tmpt penyimpanan luggage. so kita simpan bag kat situ, ptg kang baru dtg tuntut ;)
 

 
keluar tunggu hoho bus. tiket bus sebenarnya nak luput dah, nasib driver bus tu kasi last chance..hiks
 


eh pic pun tunggang terbalik dah..sebenarnya pic dari jauh nmpk opera house nih, ni dah nmpk dekat sikit..

kita naik hoho bus turun dekat pylon lookout iaitu bawah harbour bridge! rupanya kat sini pun cantek nak posim2. asalkan nampak Sydney opera house dgn harbour bridge tu kira lengkap dah la...cumanya tak boleh lari dari org, ada jer background org huhu



mama tiru aqil posim.


 
haaaaaaaa ni bawah harbour bridge tuh...jambatan besi yg gah! kat atas tu ada railway, sebab dgr bunyi train jer..sesape nak panjat pun boleh tapi dikenakan charge!
 
 
seberang sana tu Luna Park! kena naik boat di circular quay kalo nak ke sana.
 







posim asalkan nmpk opera house!
 
 
 
sini saja beratus gambar! huhu
 
 
 
cantek air laut pun hijauuu jer
 

kita berjalan sampai circular quay. sebelum smpi,  nampak kapal cruise beso nih! 




dan sampai pun di circular quay, tmpt boat dan ferry terminal. nak ke manly beach ke luna park ke taroonga zoo ke, semua naik kat sini.
 
kita purchase tiket feri nak balik ke darling harbour...memandangkan tiket hoho bus dah invalid, so kenala balik naik feri! ;( charge $15 jer



ingat jauh mana la nk balik DH, rupanya sejemput jurr! setgh jam tak sampai.

cantek pemandangan nak balik ke DH. feri singgah luna park dulu.




nenek pun nak interprem.
 


 
kat sini pun nmpk Sydney tower.. antara attraction yg kita tak sempat pegi.
 
frust tak dapat pi kitchen world nak usha2 corelle murah...hukhuk

Friday, January 15, 2016

Day 4: Wildlife ~ Madame Tussauds ~ Market City

 
family portrait...adeeb time nk keluar la dia cranky nak sambung tidoq..bila dah keluar, diamlah beliau. hurmmm mengamuk nak jenjalan rupanya...kena udara sejuk, lena.
 
so hari ke 4 di Sydney, kita sambung aktiviti di wildlife. sebenarnya sealife, wildlife dgn madame tussauds tu bersebelahan jer. tapi nak masuk satu-satu pun berejam, mau sejam setgh dlm tu. satu hari dah dalam 3-3 tuh.


kita xpayah beratur lagi, terus masuk. cabaran yg pertama kita kena lalu tmpt butterflys dulu...so dapatla rasa rama-rama hinggap kat kepala. hiks. maklumlah kat Malaysia tak dapat, so kat sini teruja.
 

 
 
nahhh sekor berkenan kat aqil.
 
 
then jalan lagi, tuan rumah jemput kita...si ular sawa!

 
bersih jer dalam ni, tak busuk. ni natang apa tah nama saintifik dia.

 
the devils?? kalau kat Malaysia ni org ingat musang.

 
mak nak tgk kangaroo jurrr, malangnya kat sini xbyk..huhu. kalau nak byk, kena pi featherdale wildlife! kita tak jadi ke sana sbb jauh, kena naik 2 transport. train dgn bus. makanya cancel ke sana.

 
ni bapak kangaroo. kalau lah beso ni, mau kita lari sebatu takut kena penendang...keh3

 
kangaroo lagi tinggi pada kita. eh betol ke ada kangaroo sebeso ni??hurmm

 
kangaroo walk-about kunun. kangaroo pun tak nmpk bayang.

 
mana dia menyorok?? makcik datang dari jauh ni nk bergmbr...keluarlah weii

 
hurm sampai ke sudah nanhado.

 
eh eh ada crocodile dundee!



frust tak dapat bergmbr dgn kangaroo, sebbaik ada koala pengubat rindu...
nak bergmbr pun kena duit, $20 sekali masuk.
 

 
tgh tunggu turn nak masuk.

 
bagus koala kat sini tak tido langsung. kalau kat perth dulu, membuta jer 24jam...dah lumrah koala ni mmg kaki tidow. so dapatla aqil syium montot koala...hihi. bau koala ni sedap tau, mcm asam ko, masyam2 sikit laaa

 
hello cutie pie. cute pulak tgk koala posim camnih, lagi kiut dari adeeb.

 
jgn kentut kat mak tau, sama level dah ni dgn montot...beware, jgn pegang dia kang kena cakar. kuku tajam okess.

 
byk koala kat sini, semua berjaga mkn tghari.


haaaaaaaaaa ni buaya td. bapak beso! pandai dia berlakon kekonon patung cendana.
 

 
eh eh dah habis laaaaa.
 
ok kita sambung masuk madame tussaud pulak, bersebelahan jer. ni masuk sebab dedulu tak masuk masa pi London dgn Amsterdam. so qhada kat sini.

 
ramai pulak pelancong.


 
memula masuk terus posim dgn captain cook.


tadi tu tak berapa teruja tapiii kalau dgn kate middleton, terujaaaaaaa
 

 
pinjam lengan laki Victoria jap

 
budak2 ni suka sgt laaa kete F1 nih, slalu tgk kat tv jer kannn

 
I like ur song, shine bright like a diomonds!

 
deni kalau tak pakai pepelik tak sah.

 
heiii mike!

 
lawa deni...betoi ka taylor swift tinggi camtu? Nampak sgt kita kemetots.

 
deni macam tak ikhlas jer nak interbiu kita.

 
arwah dah deni.

 
sian dia menongkat dagu 24jam. tggu laki tak balik2.

 
opocot mak kau, kain terobang!

 
sejak bila Jackie ada anak kembau?? kah

 
I luv him since citer Edward scissors hand!

 
I like this couple
 
mcm bosan kan? hurmmm xpela
 
kita sempat beli souvenir madame, cecantek mcm ni beli semua!heh
 
hari pun dah petang pkl 4 lbh.. plan nak ke paddys market lagi.
 
so kita tunggu hoho bus lagi. tiket masih valid.

 
duduk tmpt yg sama jer, agaknya org xberkenan dulu situ. semua lari naik atas.
 
ni sebab hoho bus sampai pkl 6 jer, rushing turun kat central station nk ke paddys market. lenguh jgk  la tgn ni menolak stroller naik turun bukit.

 
yeayyyy dah smpi pun! bila dah smpi tutup pulaks!! haha apa la, kan kata tutup hari isnin dan selasa...hisshhh

 
so dapat posim jela, souvenir murah nanhado.
 
dgn muka sedey, kita berjln blk ke central station. 3 hari tak jumpa restoran halal, tapi hari ni jumpa pulak restoran tomyam halal kat area sini, malangnya tak sempat singgah sebab takut terlepas hoho bus, jam pun nak dkt pkl 6 dah...;(
 
maka, kita balik ke tmpt biasa, habourside mall perkena mcd dgn kebab *lagik, pewot lapo, janji hado benda halal nak mkn, sokay.

 
adlan dah rasmi cap baru! no more perth cap. hiks
 
so hari2 blk pkl 8 sebab masih cerah. malam dah tak daya nak keluar dgn bdk2 nih. tak dapatla menikmati keindahan kota Sydney di malam hari...
 
 
stroller yg byk berjasa, letak la berapa kilo bag pun, dia masih setia berkhidmat. cuma satu jer, aqil jgn bangun, kang berterabur segala maknena yg sangkut tuh.kehkeh

 
kami 3 beranak sedondon hari ni...blk apartmen hampa sambung aktiviti hampa pulak, smpi pkl 11 mlm tak tidoq!