Tahniah pada semua AJK yg bertungkus lumus dan telah berjaya mengadakan reunion yg pertama kalinya dibuat setelah sepuluh tahun berpisah membawa haluan kerjaya masing2...
Btw hari sabtu lepas dalam sejarah setelah 10thn menamatkan pengajian seterusnya membawak haluan masing2 samada keje di Putrajaya, KL dan USM Penang, telah menyatukan balik kami budak2 cos DSK batch 2003-2005 nih!
Bukan senang nak buat reunion nie...dah byk kali tertangguh...hiks sebenarnya kena ada sorang yg monitor dan kena ada date...walaupun tak ramai yg dapat join, hanya satu per empat daripada ahli yg dapat hadir...tapi acara tetap meriah!
Bertempat di café milik Elfira Loy, menyatukan kami semua. sebelum ni hanya tgk2 kat FB jer, now dah bertentang mata. walaupun keje di putrajaya, tapi 10 thn jgk tak terserempak ;p
15 drp 75 (lebih krg) gabungan kelas A dan B. bertemakan white casual, suci jer muka memasing kan! haha. ada yg bawak anak2 dan datang single ;))
Kita berharap dapat buat lagi acara nih, hope akan dtg lebih ramai yg dapat join kan!
acara potong kek anniversary!
menu yg tak mengecewakan! walaupun simple tapi sedap...Nasik goreng,bihun grg Singapore, sandwich, pizza, cucur badak, karipap, fruits etc!
bergambar dgn owner, love me sevendays by elfiraloy...eh eh mana satu el?? el pun dah mcm ahli pulak. kecik molek kiut miut
deco yg menariks
si bdk adeeb yg badmood, rosak program! hehe
utk budak2, ada disediakan aktiviti mewarna! si aqil jer tak berapa suka. dia kan anti-social sikit...;p
sesambil berborak, kita makan kek anniversary...si aqil bedal sensorang, mama pulak lupa nk makan sebab melayan si adeeb yg badmood
makan mana yg sempat jer, thanks korang tolong ambikkan mknn. hehe
haaaa ni dia rupe AJK yg berjaya menyatukan DSK clan...takde korang takdela reunion nih
si kecik molek, EL
dah makan kenyang, ada pulak sesi cabutan bertuah...iols biasala kurang bertuah, cumanya menang acara notetaking~! hehe. walaupun tangan kebas sebelah tapi bukan alasan ;p
haaaaaaa ni dia hadiah menang tu! thanks pada yg sponsor..tak lupa pada boss aina sebab sponsor tudung naelofar...we loikeeeeeeeee
sedap redvelvet cake!
eh ein sorang jer budak B sini...btw 5 org jer bdk kelas A yg dapat dtg...hopefully ada second batch nanti...maybe lagi 10 thn kot! ahaha apa kata AJK??
No comments:
Post a Comment