Nuffnang Ads

Monday, November 24, 2014

Genius Aulad Convocation


last weken berlangsungnya acara tahunan iaitu Genius Aulad Little Ihtifal atau bahasa pasar dia convo! alhamdulillah adlan dan aqil terlibat, adlan ambik sijil dan aqil just masuk persembahan 'semut hitam' 

tahniah adlan berjaya menghabiskan 2 tahun di Genius Aulad, so tahun depan masuk sekolah rendah.


cer cari which 1 is adlan?? hihi tersepit di antara bunga bunga...mama tgk gambar kelas adlan, ternyata adlan budak paling ketot kecik dalam kelas! mcmana boleh camtu?? kawan2 kemain semangat, adlan jer kemetot mcm budak 4 thn gayanye.


 tahniah adlan, mama proud of u! hihi sebenaqnya mama tak sangka adlan dah besaq pnjg


lepas acara ambik sijil tu, turns aqil n the geng buat persembahan! aduhaiii qil, mama faham sgt la perangai qil mcmana... qil takde mood kah nak buat persembahan semut hitam tu?? kawan lain berjoget sakan but qil stone jer hihi dah la dapat no 1

n then persembahan dari adlan n the geng pulak... sama jgk persembahan tentang semut.... apakah? semua pun nak cerita pasal semut...



ada 4 persembahan dan acara pun tamat. alhamdulillah everything goes well. boleh fetch anak memasing kat stage ;)) mama perati jer qil tuh kat kanan sekali tuh...


 dah keluar dewan barula boleh posim kat sini. qil tu dah serupa muallaf mama tgk hihi


ok dah boleh cuti dgn tenang... acara yg ditunggu2 qil! c u next year!!
 

Thursday, November 20, 2014

7months Checkup

diam tak diam dah nak masuk 7 bulan pun... minggu ni baru 27 weeks, so minggu depan genap 7 bulan ;)

this week ada apmt dgn gynae...awal pagi dah terpacak kat hospital, ambik nombor seawal 830pagi. tapi dekat pukul 11 baru dapat turn jumpa doc.

alhamdulillah doc mesra sgt, berbaloi pilih doc fauziah kali ni ;)

lepas consultation, sesi scanning pulak. mai mai kita tgk baby besar mane dah. alhamdulillah everything dalam keadaan terkawal cumanya kedudukan baby jer masih songsang! haihhh budak ni, aktif dalam pewot tapi taknak pusing eh! doc kate air ketuban byk so mudah utk baby pusing nanti...so cepat2 la pusing ke kedudukan normal ye babyku syg... kite risau la kan, tapi doc kate dont worry lmbt lagi hurmmm yelah

mcm si adlan dulu pun dah 9bulan dia dok songsang! sebbaik dekat nak bersalin dia pusing kepala bawah...suspen jer tak pepasal kena ceaser kang

nowadays scan dah canggih manggih, scan biasa2 jer pun doc baik ati sesambil scan 2d, buat 3d sekali. dulu2 takdenye doc nk buat 3d masa monthly checkup, atleast dapat la tgk muka baby mcmne lak kali ni.

pic kiri tu masa buat 3d 21weeks, pic kanan 3d 27weeks! nmpk perbezaan wajah baby kan? berat pun dah 900g, doc cakap ni lahir berat lebih kurang abg abg dia jer dalam 3kg... sokay mama pun taknak baby besar dlm pewot, susah nanti hihi biar kecik jer kat dalam...

berat mama lak.... dah naik almost 6kg. mengikut sejarah preknen naik 12kg jer tak lebih. hopefully kali ni pun begitu lah...


pic masa scan 21weeks, baby muka mcm abg adlan but now dah mcm abg qil pulak... sokay both pun syomel dimata mama ;)
 

Tuesday, November 18, 2014

Bye Bye Genius Aulad


ooo owh dah penghujung tahun, sudah menghampiri cuti sekolah! makanya sekolah sekolah pun sibuk dgn 'report card pick up day' ataupun convo... some GA dah buat convo minggu lepas but GA tempat budak2 ni baru nak suro pi ambik report card...

overall progress budak2 ni ok ada peningkatan dari sem 1 ke sem 2... cumanya budak2 ni ada satu pe'el pelik... iaitu.........berat mulot! haha anak org lain suka bercakap, tapi budak2 ni taknak bercakap pulak kat school. hurmmm takpolah janji hampa faham apa yg diajar. u know who u are! dekat rumah cakap nonstop, bising... boleh pulak diam kat sekolah!


tahun ni adalah tahun terakhir adlan kat GA sebabnyaaaaaaaaa tahun depan dah naik standard 1! cepat pulak budak ni besaq, bila masa dia kecik? eh eh tula kadang kita tak sedar pun diorg membesar, dok fokus kat adek sampai lupa kat abg hehe

some parent tu busy sampai tak sempat tgk progress anak, tu yg tetiba tgk tau tau anak dah masuk sekolah rendah ;p some parent yg taknak terlepas moment moment dengan anak dari bulan ke bulan, tahun ke tahun... biasanya ibu lah yg surirumah tu, dapatla tenung belek telek anak 24jam kan...bapak takdolah, normal lah tu.


bila dah besaq pnjg nih, rindu pulak zaman diorg baby. so tgk la balik gambar2 diorg masa kecik. time umo 1-2thn tu lah yg paling best, tahun paling shomel... now ofcoz dah comot ;p takpe mama tunggu sorang lagi bakal keluar tahun depan! hehe

lepas ni sibuk pulak teman adlan pi sekolah baru... hope adlan cepat serasi dan selesa kat situ. bulan 1 mama dah sarat dah tak mampu nak teman adlan 24jam. masalahnya adlan ni jenis cenggeng, cepat menangis. dah la kecik, macam mane la dia nk berdikari eh hurmmmm risau pulak memikionye

sokay, biasala mula mula mmg la susah, take time sikit la kan... semua  budak pun mcm tu. lepas ni jgn seronok pi sekolah sampai taknak blk rmh sudahhh la. pagi sampai ptg kat sekolah, so takdela dok mengacau aqil lagi. qil tentu bosan abg takde kan...*pulak heh

aqil still kat GA. ni sorang lagi tak boleh pi school sensorang! ntahla mcmana haru biru tahun depan ;p

Tuesday, November 11, 2014

Kisahnya Iphone 6


peminat tegar iphone haruslah teruja bila iphone 6 masuk malaysia tak giteww, tak silap 6 november lps! maka berpusu2 lah terjah machine, mac city etc! hihi ct tgk jer dari jauh... mcm tu lah kita ketinggalan zaman sikit, org dah pakai iphone 6s nanti, baru dapat beli 6... takpela kasi org lain pakai dulu ;p

weken lepas alang2 pi klcc, singgah ler jap machine nak usha2... tgk tu sampai kering bateri tak sempat nak charging kate ko....... baru nak belek2 terus padam! size iphone 6 ni mcm ngam jer, atleast besar la sikit dari iphone 5... la ni rasa tak puas lak tgk screen ip5! *alasan

yg pic bawah ni iphone 6plus... hurmmm patut ler ramai prefer 6... 6 plus ni agak gabak sikit, nak pegang pun tak sampai jari, jari kontot... harap puas tgk screen jer


for me, iphone 6 dah memadai........ hurmmm ip6 pls come to mama asap! hihi nak ganti ip4 nih dah tak berapa function uolsss sbb tak upgrade ios ;p ip5 masih elok masih syg ...kalo dapat ip6 lagi bertambah sayaaaaang

so ini harganya, beza rm400 each gb... korang dah beli ke? wahhhh pantas, haruslah kirim kat kengkawan pi overseas tu kan





pulopppp! dah ada kes pompuan terselit rambut kah? atau blusher melekat kat iphone setepek? perempuan lani dah  tak letak hp dlm poket, mmg poket seluar pompuan tak cukup beso pun...tapi henbek kan hado

Wednesday, November 5, 2014

WW: Six

bukan nak cerita pasal six pax, six sense or iphone six or bla bla six yg korang fikir.......... alos mesti la nak relevenkan cerita dgn gambar kann ;p

alhamdulillah........ now kandungan dah masuk six months plus. syukur dapat lalui dgn jayanya hihi yela awal2 preggy mood swing, now fasa yg agak stabil sebelum masuk 3rd trimester nanti kembali swing kot. semoga dipermudahkan perjalanan 10 bulan ini

yer ct kalo preknen mmg smpi 10bln! hiks both adlan dan aqil mencecah 41wx baru nak keluar tgk dunia...anak2 bertuah mama tu ;) dah masak ranum sgt dlm pewot

dan alhamdulillah jgk setakat ni takde masalah kekejangan ke apa lagi. ct suka sgt mkn honeydew, org cakap honeydew tu dapat mengelakkan kekejangan. cer hampa try tgk okesss lepastu sila share ;)

Monday, November 3, 2014

Baby Girl Che Ta


rasanya ramai yg teruja bila tgk baby girl che ta nih... ramai jer yg excited nak share picca si comel nih kan! hihi termasuklah jgk tuan tanah ct pun teruja uolsss

kebanyakkan share picca yg sama jela kan, credit to ig sedara mara che ta, annas etc! kalo takdak hampa takdak la pic nak tgk kan...dah la kena blocked dkt ig che ta, sebab org lain  punya hal org tak bersalah pun turut kena blocked huhu sokay

ishhhh ramai yg berkenan dgn baby girl che ta dgn zain nih! comel putih melepak iras2 zain, baby mix blood, harusssslah comel dan santek! tak gitew


1st time tgk, subhanallah comel betol dgn kulit putih melepak dia! geramnyeee untunglah che ta impian nak anak perempuan tercapai :)) lepasni tenung2 anak che ta jela, untung2 baby dlm pewot nih pun shomel camnih hehe

tgk tu.... budak cerdik dah bukak mata

picca kat bawah ni, dah nmpk betul2 mcm muka zain... anak girl haruslah muka daddy dia kann




ala tomeinye mulut mcm che ta pulak... oklah tu combination yg sempurna. semoga menjadi anak yg solehah ;)) eeeeii sibok je kita dok telek anak org kan  hihi takpe kita cakap benda yg baik2 je, insyaAllah yg datang nanti pun baik2...ameen