48 hours sponsored post, Pls scroll
down for new entries~
Siti
sebenarnya teruja sangat dapat jemputan dari pihak nuffnang untuk merasai
sendiri pengalaman melakukan Yoga dan
sekaligus dapat info tentang senaman kegel!
Sebelum ni tak terlintas di fikiran pun, so dah alang-alang dapat jemputan ni, grab
jela kan!
Selain
teruja nak beryoga, ada beberapa agenda lain, termasuk Vibrance Presentation,
Motivational talk about self branding by KD Ismalasari, testimonial dari
pengguna Vibrance Kegel Device (VKD) dan
lucky draw!
Berlangsung
di mYoga, The Garden Mall. Sebelum ini siti memang kurang pendedahan tentang
yoga, ingatkan sekadar senaman ringan tapi bila dah dapat penjelasan dari trainer
di mYoga barulah faham tentang kelebihan beryoga nih.
Berlainan
pulak dengan senaman kegel, sebelum ni pun selalu dengar dan tak ralat di situ.
Cumanya apakah kaitan yoga dengan senaman kegel?
Apa
itu yoga?
Yoga
merupakan senaman yang berkaitan dengan pergerakan perlahan dan terkawal yang
mampu melatih seluruh anggota badan. Senaman ini amat menitikberatkan kawalan
di bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang.
Ia juga memainkan peranan penting bagi mengawal penafasan terutamanya ketika
anda melakukan rutin senaman yang menggunakan pelbagai pergerakan.
Melalui
senaman yoga, anda akan mendapat manfaat tersebut:
- Menambah kelenturan badan
- Membina otot-otot di bahagian teras
- Meningkatkan keseimbangan tubuh badan
OK
tu sedikit sebanyak info tentang yoga. Siti sendiri dah rasa macam mana pergerakan
yoga yang sebenarnya bagus untuk menenangkan pemikiran setelah penat bekerja
dengan menggunakan teknik penafasan yang betul.
Trainer kami pagi tu.
Yup..
yoga ni menggunakan pergerakan badan yang perlahan dan bersahaja, tak
perlu gopoh gapah dan memerlukan fokus yang tinggi.
Jangan
tak tau, walaupun yoga ni nampak ringan tapi berpeluh-peluh jugak dibuatnya!
Memang best untuk merehatkan badan yang penat.
Banyak
teknik pergerakan badan dalam yoga nih. Salah satunya adalah senaman untuk
mantapkan otot lantai pelvis iaitu kegel!
Terutamanya bagi wanita yang dah berpengalaman melahirkan anak, yang selalu
mengangkat beban yang berat, masalah menopous dan aktiviti fizikal yang cergas,
mereka ini adalah sangat digalakkan mencuba senaman 'kegel'.
Ada
5 sebab kenapa kita harus menjaga lantai pelvis melalui senaman kegel?
- Mengawal aliran air kencing, mencegah inkontinens;
- Mengekalkan abdomen yang kuat dan menyokong spina,
mencegah sakit belakang;
- Memegang organ pelvis (pundi kencing dan uterus) pada
kedudukan masing-masing dan menghalang organ tersebut daripada terjatuh ke
dalam kanal vagina (prolaps organ);
- Menyokong janin semasa mengandung dan menolak keluar
janin semasa bersalin;
- Memperbaiki kepuasan seks untuk anda dan pasangan anda
Apa
itu VKD?
Vibrance
Kegel Device / Pelvic Floor Muscle Exercise adalah alat bantu perubatan yang
akan membantu para wanita yang takde masa atau tak tahu cara-cara membuat
kemutan (Kegel).
Antara
sebab utama kita (wanita) kerap ke toilet adalah berpunca dari otot
pelvis yang lemah. So bila kita amalkan senaman kegel dengan bantuan alat khas
iaitu Vibrance Kegel Device atau VKD ini, dapat menguatkan otot lantai pelvis
dengan hanya melakukan selama 5minit 2x sehari!
So
kepada anda wanita di luar sana yang merasai ada masalah berikut, wajiblah cuba
alat ini! Vibrance Kegel Device (VKD) yang sangat-sangat membantu;
- Lemah kawalan kencing
- Sakit belakang
- Difungsi Seks
- Kekerapan seks berkurang
- Kepuasan seks berkurang
- Tekanan keatas lantai pelvis
Alat
bantu VKD ni telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah
Kecemerlangan Reka Bentuk Perubatan!
So
pada yang berminat dengan Vibrance Kegel Device (VKD) bolehla lawati http://myvkd.com atau
Dalam
kit VKD ni lengkap dengan semua panduan dan sangat mudah digunakan! Guna dalam
5minit dua kali sehari sahaja! mudah kan?
Alat ni sesuai untuk wanita yang dah berkahwin tau
;) Lepas dapat penerangan dan testimonial, siti rasa kepentingan senaman ni
kepada wanita terutamanya yang dah pernah melahirkan anak. Thats mean siti pun
kena cuba lah! So lepasni takde dah masalah otot pelvis atau pundi
kencing yang lemah.
Ok, tak habis disitu agenda seterusnya adalah
‘motivational talk about self branding by KD Ismalasari Consulting’! Banyak info yang dikongsi bersama peserta.
Kitorang belajar cara bagaimana mengenalpasti ‘self branding’, discover our
‘bling factor’ etc
Apa itu BLING? Bling
bling like a diamond kah? Hihi nope, B is bright, branded, L is Lively, I is
Inspiring Individual who Never Give up!
Haaaaaa tu maksudnya k ;) Kitorang diajar cara-cara mengenalpasti our BLING factor n
brand it! So dari situ kita dapat mengenalpasti apa yang kita mahukan untuk
buat yang terbaik tak kira la samada dalam
bisnes ataupun kerjaya mahupun hidup…
Such a great session
with KD Ismalasari! Love it!
kawan-kawan blogger! nice to meet uols
Khidmat pesanan masyarakat Vibrance 2014 is bought by sitishuhaida.com
1 comment:
Hai ,
menjengok blog.. dtg dari Vibrance event hehehehe :)
happy blogging ..
Post a Comment