Nuffnang Ads

Thursday, March 20, 2014

Ramai Penipu di Instagram!

rasanya ramai dah masak sgt dgn kehadiran penipu bisnes online ni kan? tapi kenapa kita still terpedaya??

meh sini nak explain...hihi dah terkena baru nak berhati2 kan?? 

siti mmg selalu berhati2 kalo nak beli barang online ni... sebelum beli tu, ct akan check dulu kesahihan samada meragukan ke tidak. tapi kalini nasib ct xbaik, kena jgk tipu!

knp ct tertipu??? sbbnya ct nak sgt beli monopod, nak cpt dpt, xkisah beli kat ig mane pun dan pecayakan ig yg direkemen ini...

instagram penipu ni telah di rekemen oleh seseorg yg berpengaruh jgk la dlm ig, so ct pun add minah yg menggunakan ig sebagai neylly_shop, walaupun letak picca muka 'dia' taktau betol ke tak kan...
mcmana org boleh rekemen suro tgk ig dia?? sejak bila dia guna ig ni utk tujuan menipu? dari segi followers following mmg ramai tapi gmbr2 produk dia jual sikit sgt? maybe dah lama ig ni wujud sbb nak kumpul followers ambik masa sikit kan...maybe sbb org rekemen ig dia so dia cpt dpt followers...

ok, sblm beli monopod yg dia jual tu...ct dah belek telek setiap pic produk, walaupun dia xguna pic dgn watermark sendiri, kebykkan pic yg sama dan yg latest dia jual monopod iaitu produk hot masa kini. dah tentu ramai org berebut nak beli, so cepat la dia dapat kumpul 'duit' hasil menipu tu...

 
sebelum nk bankin, ct dah rasa tak sedap hati pun...mcm sesuatu jer dia ni. dalam setiap pic dia keberatan nak kongsi no hp...
perasan kan pic monopod tu sama? dari segi like pun xbyk xsmpi 10 org pun...tapi mcmana org still nak membeli dgn dia ni? sbbnye org mmg tgh mencari2 monopod ni, harga yg dia tawar pun murah katenye bagi diskaun smpi jumaat jer! lepastu ada 1 pic latest dia kate diskaun setakat 'today' jer...so td kata jumaat kan?
ct ada komen nak beli monopod kat 1 pic tu...lepas ct bank in. ct cari la blk pic tu tapi dah takde. ct check kat jumlah pic dlm ig dia dah berkurang dari 33 kpg jadi 29 kpg... so mcm sesuatu dah kat situ...ct dah mula syak walaupun sebelum bank in pun ct dah dpt rasa sesuatu...







walaupun ct wasap dia, dan dia reply elok... smpila ct bank in katanya suro cecpt bank in sbb dah nak packing!!

bila dh bank in (rabu), keesokkannye baru dia ckp akan pos pada jumaat. nmpk x? ingatkan bank in cepat tu, dia akan pos cepat???

ct dah hilang pecaya dgn dia ni, then ct mntk tracking no, katanya akan bagi 'kejap lagi'... esoknya (sabtu) baru dia bagi... masa tu ct mmg redha jela kalo2 betul dia ni penipu...

so pada (isnin) baru ct check tracking no tu dan mmg 'not found'!! ct wasap dia lagi dan dia dah xreply! ct check ig pulak pun sama not found! sah dah la kat situ....

ct tggu masa jer nak wasap makian ceramah agama sikit kat dia...esoknya baru ct serang dia dgn 1 wasap yg pedas. kalo tak insaf xtau la kan...dan memang ada sorang lagi terkena dgn dia ni, beli monopod jgk...

kekwn kate, dia ni bukak byk ig palsu. so korang pls beware la lepasni..sebbaik harga monopod tu kurang dari rm100... tapi dah brp ramai pulak kena tipu??? mmg kembong meletop la ko mkn duit haram tu ek...tggu balasan tanah kubo utk ko wahai pompuan...



ct dari awal lagi snap picca picca ni, boleh nampak kan? apa yg dia up tu...nak mengaburi mata org! nak suro org bagi rezki kat dia??? phuiii

so ni no hp dia 017-847 4569

acc no BSN 0200341000040215

Monday, March 17, 2014

Mari Mendobi!


beginilah nasib bila dilanda krisis air.... sebelum2 ni kedai dobi self-service kita pandang sebelah mata jer, buat2 xnmpk..tapiiii bila time terdesak barula kalut! hiks

eh memang xpernah lagi la smpi kena catu air ni, kalo ada pun maybe seploh thn lepas kot kan... ujian untuk negara kita ni. mcm2 kita boleh nmpk skrg, ujian bertimpa2. so para pemimpin negara hingga ke rakyat jelata tu termasuk diri sendiri silalah muhasabah diri kenapa Allah swt bagi ujian sebegini rupa? 

eh sebenarnya ct bukan nak bagi ceramah hihi cuma nak cerita yg ct 1st time pi dobi self-service!!  punyala jakun taktau mcmana nk guna. sebbaik mulut ni ringan jer nk bertanya kakak tu...

dahla xbawak detergen, tgk bertapa canggihnye zmn skrg, kat kedai dobi ni ada jugak jual detergen, softlan etc!! cuma masukkan duit syiling limapohsen utk beli benda2 alah tu... dont worry detergen ni elok, bau pun sedap...sekotak hanya singgit!

lepastu nak mendobi kena masukkan syiling limapohsen sebanyak rm7 1 trip dan mendobilah anda selama 20minit plus plus ;)

lagi 1 pada yg nak baju cepat kering, bolehla terus guma mesin dryer kat atas tu. harga berlainan rasanya rm4 pulak...disebabkan malas nak tggu lagi 20mins makanya ct xguna mesin pengering tu. balik sidai kat rmh jer sebakul baju harum semerbak. boleh tahan sedap wangi bau sabun beli kat situ!

so total sekali basuh adalah rm9. berbaloi tak?

eh eh ct pun teringin nak ambik pic sebelum selepas jgk... memang ini jalan yg selalu ct guna pun hihi 

tak tau macamana paginye boleh cerah terang bederang tetiba ptg lak jerebu teruk? dan tak tahu mcmana takde hujan tetiba jerebu boleh hilang begitu saja? dan lagi, taktahu pulak walaupun lepas hujan lebat, jerebu boleh jadi teruk??? semuanya kuasa Allah swt

korang pun perasan kan kejadian ni? lihatlah dgn mata hati~

Thursday, March 13, 2014

Apa itu Vibrance Kegel Device (VKD)?


48 hours sponsored post, Pls scroll down for new entries~

Siti sebenarnya teruja sangat dapat jemputan dari pihak nuffnang untuk merasai sendiri pengalaman  melakukan Yoga dan sekaligus dapat info tentang senaman kegel! Sebelum ni tak terlintas di fikiran pun, so dah alang-alang dapat jemputan ni, grab jela kan!

Selain teruja nak beryoga, ada beberapa agenda lain, termasuk Vibrance Presentation, Motivational talk about self branding by KD Ismalasari, testimonial dari pengguna Vibrance Kegel Device (VKD) dan  lucky draw!

Berlangsung di mYoga, The Garden Mall. Sebelum ini siti memang kurang pendedahan tentang yoga, ingatkan sekadar senaman ringan tapi bila dah dapat penjelasan dari trainer di mYoga barulah faham tentang kelebihan beryoga nih. 

Berlainan pulak dengan senaman kegel, sebelum ni pun selalu dengar dan tak ralat di situ. Cumanya apakah kaitan yoga dengan senaman kegel?

Apa itu yoga?

Yoga merupakan senaman yang berkaitan dengan pergerakan perlahan dan terkawal yang mampu melatih seluruh anggota badan. Senaman ini amat menitikberatkan kawalan di bahagian teras tubuh iaitu bahagian abdomen, pinggang dan tulang belakang. Ia juga memainkan peranan penting bagi mengawal penafasan terutamanya ketika anda melakukan rutin senaman yang menggunakan pelbagai pergerakan. 
Melalui senaman yoga, anda akan mendapat manfaat tersebut:
  • Menambah kelenturan badan
  • Membina otot-otot di bahagian teras
  • Meningkatkan keseimbangan tubuh badan
OK tu sedikit sebanyak info tentang yoga. Siti sendiri dah rasa macam mana pergerakan yoga yang sebenarnya bagus untuk menenangkan pemikiran setelah penat bekerja dengan menggunakan teknik penafasan yang betul. 

 
Trainer kami pagi tu. 

Yup.. yoga ni menggunakan  pergerakan badan yang perlahan dan bersahaja, tak perlu gopoh gapah dan memerlukan fokus yang tinggi.

Jangan tak tau, walaupun yoga ni nampak ringan tapi berpeluh-peluh jugak dibuatnya! Memang best untuk merehatkan badan yang penat.

Banyak teknik pergerakan badan dalam yoga nih. Salah satunya adalah senaman untuk mantapkan otot lantai pelvis iaitu kegel! Terutamanya bagi wanita yang dah berpengalaman melahirkan anak, yang selalu mengangkat beban yang berat, masalah menopous dan aktiviti fizikal yang cergas, mereka ini adalah sangat digalakkan mencuba senaman 'kegel'. 

Ada 5 sebab kenapa kita harus menjaga lantai pelvis melalui senaman kegel?
  1. Mengawal aliran air kencing, mencegah inkontinens;
  2. Mengekalkan abdomen yang kuat dan menyokong spina, mencegah sakit belakang;
  3. Memegang organ pelvis (pundi kencing dan uterus) pada kedudukan masing-masing dan menghalang organ tersebut daripada terjatuh ke dalam kanal vagina (prolaps organ);
  4. Menyokong janin semasa mengandung dan menolak keluar janin semasa bersalin;
  5. Memperbaiki kepuasan seks untuk anda dan pasangan anda

 
Vibrance presentation!

Apa itu VKD?
Vibrance Kegel Device / Pelvic Floor Muscle Exercise adalah alat bantu perubatan yang akan membantu para wanita yang takde masa atau tak tahu cara-cara membuat kemutan (Kegel).


Ok, selain tu, ada juga testimonial dari 2 orang pengguna VKD,  berkongsi tentang pengalaman dan kesan selepas menjadi pengguna VKD yang setia. Salah sorangnya adalah ibu beranak 2. Beliau dah kurang ke 'toilet' semasa mengandung anak ke 2, berbanding masa mengandung pertama dulu. Haaa  boleh nampak kan kesan  positif  melakukan senaman kegel dengan bantuan VKD?






Antara sebab utama kita (wanita) kerap ke toilet adalah berpunca dari otot pelvis yang lemah. So bila kita amalkan senaman kegel dengan bantuan alat khas iaitu Vibrance Kegel Device atau VKD ini, dapat menguatkan otot lantai pelvis dengan hanya melakukan selama 5minit 2x sehari! 
So kepada anda wanita di luar sana yang merasai ada masalah berikut, wajiblah cuba alat ini! Vibrance Kegel Device (VKD) yang sangat-sangat membantu;
  • Lemah kawalan kencing
  • Sakit belakang
  • Difungsi Seks
  • Kekerapan seks berkurang
  • Kepuasan seks berkurang
  • Tekanan keatas lantai pelvis
Alat bantu VKD ni telah diiktiraf  sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk Perubatan!
So pada yang berminat dengan Vibrance Kegel Device (VKD) bolehla lawati http://myvkd.com atau

Inilah rupa paras VKD~
Dalam kit VKD ni lengkap dengan semua panduan dan sangat mudah digunakan! Guna dalam 5minit dua kali sehari sahaja! mudah kan?

Alat ni sesuai untuk wanita yang dah berkahwin tau ;) Lepas dapat penerangan dan testimonial, siti rasa kepentingan senaman ni kepada wanita terutamanya yang dah pernah melahirkan anak. Thats mean siti pun kena cuba lah! So lepasni takde dah masalah otot pelvis atau pundi kencing  yang lemah.





Ok, tak habis disitu agenda seterusnya adalah ‘motivational talk about self branding by KD Ismalasari Consulting’!  Banyak info yang dikongsi bersama peserta. Kitorang belajar cara bagaimana mengenalpasti ‘self branding’, discover our ‘bling factor’  etc


Apa itu BLING? Bling bling like a diamond kah? Hihi nope, B is bright, branded, L is Lively, I is Inspiring Individual who  Never Give up! Haaaaaa tu maksudnya k ;) Kitorang diajar cara-cara mengenalpasti our BLING factor n brand it! So dari situ kita dapat mengenalpasti apa yang kita mahukan untuk buat yang terbaik tak kira la samada dalam  bisnes ataupun kerjaya mahupun hidup…

Such a great session with KD Ismalasari! Love it!


kawan-kawan blogger! nice to meet uols


Khidmat pesanan masyarakat Vibrance 2014 is bought by sitishuhaida.com