Nuffnang Ads

Sunday, September 23, 2012

Rahsia Kulit Sihat Berseri!


APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik. 

Apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.
Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit.

Apakah Kebaikan Kolagen?

Kolagen bagus untuk kulit . Ianya membantu mengembalikan keremajaan kulit dan seterusnya mencantikan kulit . Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen. 
..........................................

Bagi yg mahukan kulit sihat berseri, boleh pre-order BB Plus Kolagen dari Siti k! Rasa yg sedap, tidak memualkan.


Repair-Rebuild-Renew
BBplus Kolagen

Harga Spesel Sempena Syawal!

019-6677485

No comments: