Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut :
* Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
* Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi.
* Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.
:::kesian waz..gg atas dia mcm dh terhakis..yg bwh ok jer..sbb2nye adalah...
Masalah gigi :
* Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries).
*Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi.
*Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama. ( susu mamil yg waz mnum didpti ada gula tambahan! )
*Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku.
*Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun.
*Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh. ( gg atas waz susah nk diberus berbanding bwh..)
*Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang.
*Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. ( waz xnk mkn nasik apatah lagi mkn sayo! )
*Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. ( waz suka mkn coklat + jus + vitagen! )
*Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. ( suka mkn mcm mak dia mkn! ) Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.
3 comments:
nia ok jer nk berus gigi..tp kena pandai bodek..gigi nia pn dh nmpk mcm terhakis..
aa kdg nk gosok sendiri..
comel header..nk buat jgk mcmana yer
Post a Comment