Nuffnang Ads

Friday, January 7, 2011

Cara serikan wajah secara semula jadi


- Berhenti merokok. Ia tip antipenuaan paling utama kerana merokok menyebabkan kerosakan pada kulit dan membunuh sel hidup serta kolagen yang sepatutnya membantu mengurangkan tanda penuaan. Merokok juga membuatkan kita kelihatan lebih cepat tua.


- Lindungi kulit daripada pancaran matahari. Kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara keterlaluan boleh mempercepatkan lagi proses penuaan. Kurangkannya dengan menggunakan losen tabir suria dan cuba elakkan berada di bawah matahari terik.


- Perbaiki diet seharian. Pengambilan makanan yang kaya antioksidan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin elok untuk membantu mengurangkan masalah kulit yang sering terdedah kepada pencemaran. Untuk tampak lebih muda remaja, kulit memerlukan banyak vitamin C dan E yang boleh meningkatkan kolagen dalam kulit.


- Amalkan minum teh hijau setiap hari. Teh hijau juga menawarkan kelebihan antioksidan dan kajian menunjukkan pengambilannya pada waktu siang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah, di samping membina ketahanan daripada penyakit jantung.


- Tidur secukupnya. Bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas, perlu mendapatkan tidur yang cukup bagi mengurangkan tanda penuaan pada wajah. Ketika tidur, tubuh membebaskan hormon pertumbuhan yang merangsang pertumbuhan sel. Tidur yang cukup juga mengurangkan tekanan pada diri

No comments: