Monday, August 30, 2010
waz kena ekzema?
...smlm jgk bwk waz p klinik, doc kate maybe ekzema..tp lepuh tu sebijik jew dan nmpk cam pecah..doc bagi ubat sapu...bila baca artikel kar bwh ni cam risau la pulak...
Title : Komplikasi Ekzema Atopik
News : Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan.
Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.
Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.
Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.
"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.
Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.
Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.
Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.
Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.
Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.
Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom. Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa.
"Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya.
Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.
Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.
Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak. Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.
Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema.
"Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.
Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan.
"Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya.
Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.
TANDA- TANDA
Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.
Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
* Mengelupas
* Bersisik
* Kemerah-merahan
* Kulit yang kering
* Penebalan kulit
* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk
Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.
RAWATAN
Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.
Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak
* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.
* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.
Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.
Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)
Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.
Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.
Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.
Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.
KOMPLIKASI
* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.
Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.
Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.
* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.
PANDUAN
* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.
Sunday, August 29, 2010
baju readymade utk raya!
Wednesday, August 25, 2010
aqil 4bln
...aqil xde appoimen doc lim bln ni..next month pulak..timbg kat rmh, berat aqil 5.7kg jew..skg dh pusing2 badan mau menerap tp xbuleh2 lg..sian dia..aqil suke gelak tgk gelagat adlan, gelak mengekek2 lah. tggu besaq skit baru leh main dgn abg ye qil...
semua utk raya!
...nk beciter pasai shopin raya pon,baru skg dpt, walopon dh semggu shopin.huhu.alkisahnye, sabtu lps ajak ceben ke kg baru mau bli biskut raya. tiap2 thn mmg bli kat c2 je sbbnye murah dan sedap! jrg sgt skg bli biskut raya yg sdap. rata2 sama je rasanye kan...rasa sama sbb ramuan sama cuma rupa bentuk berbeza! sgguh tetipu pembeli2 di luar sana hikss
*
...sume biskut rasa ni dijual secara borong. almond london rm14 jew..mana nk dpt rm14 kat tepi2 jln sana kan..dan lain2 biskut dlm bekas bulat sume rm13 tiap satu..biskut ni akan diagih kpd mak,makmentua dan utk simpanan kat rmh skit...
...ni sume baju raya adlan dan aqil. yg byk baju adlan je. aqil dpt sepsg jeans dan sepsg baju mlayu. adlan pulak berpsg2 baju matsaleh dan 2psg baju mlayu :) sempat ke tu adlan nk melaram, silap aribln kecik jadinye sbb lama dok simpan lam almari...::D
...utk ceben lak sepsg baju mlayu dan 2psg kemeja hikhik. aku lak xtau brp psg baju kurung sempat siap, rasanye 3psg jew...jadiklah. tah knp xbrp sonok nk beraye thn neh. byk benda kena pike smpi putus urat pale...
Friday, August 20, 2010
baru puas ati
...disebabkan aku kna posting dlmn makanya aku kna la p uruskan hal2 berkenaan kat kementrian..adeh..pas kuar berpejabat kat luar kementrian, akhenya slps 4thn, terpaksa kembali berkhidmat kat c2 blk...
*
...HR wat rotation tugas tiap 5thn skali. mslhnye,knp ada batch aku xkene rotate pon? ok, aku dh taw jwpn dia..sbb..skg aku xde bos kan? so, kalo xdee bos xde la keje kan?..byk cantek muke ko HR! walopon xde bos tp ade pengganti bos ok..so keje ttp ado!
*
...yg xbeshnye kne msk blk kementrian adalah: 1. sbb mslh parkin.. dh la kete xde sticker so xdpt msk. tawakal jelah parkin kat luar sane..ade kes kete ilang kat luar tuh..risau! cpt2la proses borang permohonan sticker tu ye..n cpt2 dpt, so xdelah buang mase. kalo de sticker leh shotcut je,neh xde kne la tempuh jem! arghh tensen blk...
*
...ok Allah dh tarik blk kesenanganku selama ni. selama berpindah kat ofis skg. dhla dkt dgn rmh, xpayah pike lgsg soal jem. kalo bgn lmbt skalipon,punchkad xkan merah hehe. bese kuar rmh kul 7.40pg..drive pon leh berangan2 lg taw..heaven tol dok kat ofis ni..xpenah punchkad aku merah! xpyh suro org len ketikkan..oppss!
*
...skg..dh mula kne pike blk. soal jem, soal kene kuar rmh awal sket, soal parkin (kalo dpt sticker pon,parkin ttp penuh. sume double parkin ok)..n soal xleh nk curi2 lik rmh hehe. dok dlm tu pki K-Pas..so pergerakkan sume ade tercatat kat e-rakam. so, ko nk jwp pe kat e-rakam tu?? tensennyeee..itulah,org dh bese senang, kalo susah mula la..merungut! ishk2 xbaik camni...redha jelah...:)
*
...so haritu, aku ada la p jumpe bakal bos baru tu..sbnrnye aku dh apply unpaidleave n dh lulus pon..tetibe, dpt pulak surat pertukaran! date 23hb lak tu. tu date aku dh stat cuti oii! diorg ni cam xbg aku cuti jerk..jahat! xdan dan kate org..xleh ke ko HR tkr lps raye ke..xmenyempat aku nk beraye dgn ofismate..sob sob..sedey taw...
*
...so aku pon kne la mntk jasa baik bos baru aku utk luluskan cuti tu blk..malangnye, dia ceramah aku lg ade la! dia kate,xde ke alternatif lain nk menjaga anak tu ( ekceli aku nk cuti sbb maid aku xde sebln )..adeh..spoil btul la..so dia tukarkan aku dgn PA lain,makanya kne la bincang blk dgn bos baru lain tu..napela rumit sgt nih..inilah dugaan kate org..dugaan d bln pose..benda yg mudah akhenya menjadi rumit sbb xmendpt kerjasama org len...
*
...ok pasni 23hb aku kna la p lapor diri kat c2..kalo x sbb pertukaran, senin ni aku dh leh stat cuti..maid aku dh la kna htr blk indon ahad ni..adeh..knala mntk mak dtg cni jap..'(.. senin ni nk slowtalk dgn bos soal cuti tu..hrp2 bos ni lembut ati n xbyk cekadak..last2 kne jaga bos gred 48 jgk ke!
*
...ok sebbek kat foyer kementerian ada jualan..dpt jgk aku bli tupperware brand tupperware! 3bijik dpt rm76+..terubat skit ati aku pd ari tersbt :D
Tuesday, August 17, 2010
lelaki+suami+bapa
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
Wednesday, August 11, 2010
searching handbag 4 raya!
Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 8, 2010
sepang goldcoast
Thursday, August 5, 2010
kampungku
...org adalah sgt meramai, beratuq pnjg lah..tah apa yg sdap sgt..ceben ckp sdap sbb nasik dia lembut...